Wednesday 27 July 2011

tangungjawab kita untuk merubah

Perubahan dalam sesebuah Negara semakin pesat membangun…taraf kehidupan juga semakin meningkat,persaingan antara masyarakat membuatkan pelajaran begitu penting bagi setiap individu..Namun begitu kaedah pembelajaran dan sukatan pelajaran di Negara kita tidak begitu sistematik dan berdaya saing.Hal ini demikian kerana,sukatan pelajaran bersifat menyeluruh dan tidak mementingkan pengetahuan yang begitu mendalam terhadap sesuatu pelajaran..Sebagai contoh,di Negara-negara maju mereka mengamalkan pembelajaran secara mendalam dan khusus dalam sesuatu bidang..Ini menyebabkan peluang untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam sesuatu bidang ramai dan akhirnya dapat melahirkan pakar dalam sesuatu bidang...negara kita juga banyak bergantung teknologi dan sesuatu bidang pada Negara lain..Ini menyebabkan kita memerlukan dana yang besar untuk membangunkan Negara ini..Jika kita menerapkan pembelajaran secara khusus,maka kita dapat melahirkan ramai pakar dalam setiap bidang..Kita juga mampu menghasilkan produk yang berdaya saing dan mampu menubuhkan pusat kajian sendiri dalam setiap bidang pakar..